jauh aku merenung awan itu....
indahnya panaroma alam ini...
tak terungkap dengan seribu bahasa...
aku merenung lagi awan itu....
untuk entah keberapa kali,aku pun xpasti....
yang aku tahu,aku tenang melihat awan yang berarak itu...
yang aku tahu,aku merasakan kerinduanku terubat....
"sayang..
bangunlar wahai insan yang bergelar perindu yang setia...
bangkitlah dan bina hidup baru mu.....
sampai bilakah kamu ingin berkeadaan seperti ini?
menatap insan yang sedang bahagia dan kamu???
terus menderita menyayanginya dan merinduinya..."
"kamu terus melihat awan itu...
kamu terus mengimbas segala kenangan kamu dan dia...
terus menutup pintu hatimu itu untuk orang lain...
dan terus membiarkan hatimu menderita oleh luka yang kamu cipta..
akibat terus meratapi dia..."
"bangkitlah sayang...
sedar lah bahawa hubungan kamu dan dia da berakhir...
sedarlah bahawa dia sedang bahagia dengan insan yang dia sayang...
sedarlah bahawa kamu itu hanyalah peneman saat dia kejatuhan...
saat dia ketandusan...."
"padamkanlah segala kenangan kamu dan dia..
campak kan kedalam lautan luas itu....
biarkan ia tenggelam dan dimakan oleh masa...
agar kamu dapat bangkit dan menjadi dirimu seperti sebelum kamu mengenalinya...
agar senyuman manis itu terus terukir dibibir mu..
agar wajahmu terus berseri seperti kebiasaan...."
"wahai penanggung sepi....
lepaskan segala kesedihanmu itu...
berhentilah menjadi penanggung sepi...
agar kehidupanmu dapat diisi dengan keceriaan gelak tawamu..."
"percaya pada diri bahawa kamu mampu meneruskannya..."
"pandanglah keawan yang membiru itu...
katakanlah bahawa kamu sedang bahagia dengan isi alam ini....
katakanlah bahawa kamu sudah mulai bangkit...
seperti bayi yang baru lahir..
katakanlah...!!!"
awan biru..bintang yang berkelip..matahari yang menerangi..bulan yang menyuluh....
aku akan bangkit....terima kasih menemani hari-hari sepiku...
terima kasih kerana sudi menjadi tempat untukku jadikan teman saatku kerinduan...
aku akan bangkit untuk membina diriku yang sebenar,,,
aku akan bangkit.... !!!!
No comments:
Post a Comment